Followers

Beraktiviti di Pantai Morib

time nih aku dlm bas

smpai dah kt m0rib..pnz gler!! =P
berjaLan menuju ke panTai

C0mmuniTy Service

AnnuaL Dinner

Sukaneka

Swimming

Ending Aktiviti


Salam semua...
Setelah sekian lama aku tak mengupdatekan blog aku ni,ntah kenape tibe-tibe rase rajin plak arini..Kemesraan dan kegembiraan membuatkan kehidupan aku sentiasa diwarnai dengan pelbagai warna..Yang pasti, kesibukan menghadap buku membuatkan aku tiada masa untuk membuat entri baru dalam blog aku nih...

Ketika entri ini dibuat, aku takde mo0d untuk menghadap buku yang serba-serbi ketebalannya.. Kebetulan pula member-member aku masing-masing melayan kerenah si "gem0k" iaitu kucing kesayangan dirumah sewa aku ni..manakala yang lain sudah p0n pulang ke kampung menghadap ibu bapa tercinta..hanya tinggal 4 orang sahaje di rumah. Kebosanan ketika proses mengulangkaji sudah mula melanda jiwa aku ketika ini. Manakala otak ku pula sudah tepu untuk menerima sebarang informasi..

Kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit aktiviti yang aku lakukan bersama rakan-rakan seperjuangan sempena "C0mmunity Service Programme" ..Sebenarnya aku tidak menyangka aktiviti akan di buat di Pantai Morib kerana pada awal perancangan tempat-tempat seperti langkawi, port dickson dicanang oleh sekumpulan pelajar senior ketika itu yang akan dipilih...tetapi kesimpulan aku salah juga...Pada 06/02/2010. adalah hari kami memulakan perjalanan ke Banting iaitu Hotel Impian Morib dan aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana semuanya selamat dan Alhamdulilah kami berjaya sampai tempat yang dituju..
 
Nama :Conservation: Harmony for Nature and Society
Tarikh : 06/02/2010 - 07/02/2010
Masa bertolak: 1ptg
Kenderaan: 1 bas 2 kerete
Tempat : Hotel Impian Morib, Banting

Sabtu - 06/02/2010

6.15 pagi :
Rutin harian aku macam biasa bangun tidur awal pagi untuk untuk menunaikan solat subuh. selepas itu aku mengemas baju, iron baju, dan continue tidur semula..hahahahaha (mengantuk tahap dewa). Member-member lain p0n still mencangak ketiduran lagi..

10.00 pagi :
Aku bangun dan mempersiapkan diri dengan tindakan yang paling utama ialah mandi..wakakakaka...punye lah wangi aku aritu sebab hampir setengah botol sabun badan aku pakai...(sape punye ntah,pakai jek)..lalala =P

12.00 tengahari :
Aku bersiap-siap ke kolej dengan memanaskan enjin kereta dan memasukkn semua beg dan keperluan yang akan digunakan di sana nanti. Masa nie aku tak tahan sangat sebab panas giler. dah rase macam  matahari tinggi sejengkal jek..Time ni jugak la aku sempat lagi bergayut telefon dengan member lama aku "Eg". Masa nie konon-kononnya member aku nih nak tanya bile aku nak datang rumah dia. Masa nie juga la aku leka layan sms dengan member-member kelas...

1.00 petang :
This time, aku ngah cari parking..kt MSU tapi takde.. Tibe-tibe,boley plak kereta aku meragam..taknak start plak..adoyai..konon-konon masa nie terfikir dalam hati nak tinggalkan je la kat situ..Nasib baik la mase tu,kebetulan member serumah aku lalu..kebetulan jugak kereta aku tibe-tibe boley start..hahaha...adeiiii...aku p0n pe lagi,aku suruh la member aku bawak balik kat rumah sewa dan masa ni,boley plak aku sorang jek tak naik bas lagi...heheheheehehehehhe

3.00 petang :
kami tiba dengan selamat di tempat penginapan kami dan kunci bilik di bahagi kepada group-group yang  telah di arrange oleh AJK aktiviti...aku p0n pe lagi, dengan laju dan tangkas nye sambut kunci dan terus ke arah bilik aku...sampai kat bilik..aku terus landing..sebelum itu,pengumuman telah dibuat bahawa semua yang terlibat mesti berkumpul di lobi hotel pada pukul 3.30pm..

3.30 petang :
berkumpuL dan meneruskan perjalanan ke pantai dengan berjalan sejauh 1 kilometer

4.00 petang :
tiba dipantai..semua yang terlibat diberi tugasan mengutip sampah dan membersihkan pantai..macam-macam kerenah ada...ada yang mengutip sampah sekadar kutip..ada yang mengutip sampah sambil bergambar..bergambar adalah perkara yang paling penting kerana menjadi bukti pengalaman mereka melakukan kerja amal...huhuhu

6.00 petang :
kerja-kerja mengutip sampah dan membersihkan pantai tamat dan bermula la pertandingan kutipan sampah paling banyak..selepas hampir 15 minit meneliti dan mentelaah oleh para juri, pertandingan tersebut telah dimenangi oleh chanel dan nam selepas aku membodek para juri untuk membenarkan meraka memenangi pertandingan tersebut...hahaha..jahat jugak aku ni...waakkkakakaa ^__^'

6.30 petang :
semua diarah pulang ke hotel..peluang ini diambiL oleh semua yang terlibat untuk membeli belah ditepi pantai..aku p0n apa lagi, ambil peluang la membeli keropok lekor favourite aku...hahahaha =P
 
7.00 malam :
sampai sahaja dihotel,aku mengambil kesempatan masa yang ada dengan terjun ke swimming pooL..sah-sah aku orang yang pertama terjun dulu...kemudian semakin ramai yang mengikut jejak langkah ku bermandikan kolam renang...

7.30 malam :
naik ke atas dan mandi dibilik air serta mempersiapkan diri untuk AnnuaL Dinner....

8.30 malam :
Ketibaan semua yang terlibat didewan makan...ketika ini,pelbagai fashion dapat dilihat...ade yang macam ala-ala arab,ada yang ikot fashion europe..buT yang penting,semua jejaka pada malam tersebut hencem-hencem belaka..

9.00 malam :
Acara dimulakan dengan bacaan doa makan dan diteruskan dengan acara-acara sampingan seperti poison box,lucky draw dan pertandingan pakaian tercantek..pelbagai kerenah lawak jenaka,pecah perot,semua ade la..yang paling aku terkejot,aku memenangi pertandingan pakaian tercantek dan diberi nama "King of the night".........^__^'

11.00 malam :
Annual Dinner tamat...semua yang terlibat dibenarkan melakukan aktiviti bebas...tapi standard la,confirm-confirm tak tidur nye...ada yang melepak sampai pukul 4-5 pagi....huhuhu

Ahad- 07/02/2010

6.30 pagi :
Seperti hari-hari yang lain aku bangun awal pagi untuk untuk menunaikan solat subuh. selepas itu aku meyiapkan diri untuk senaman aerobik yang akan dilakukan dihadapan kolam renang..

9.00 pagi :
Senaman aerobik tamat,semua yang terlibat menghadirkan diri ke dewan makan untuk sarapan pagi sebelum aktiviti sukaneka diadakan..

10.00 pagi :
Semua yang terlibat berkumpul di padang kecik tepi kolam dan setiap peserta mesti menyertai..terbahagi kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 7 orang. Sebab aku pon dah lame tak merasai sukaneka,begitu juga dengan peserta-peserta lain,sukaneka dah jadi macam pentas sarkes...hahaha..badut-badut menunjukkan aksi-aksi tersendiri dengan penuh kesungguhan...hahahahah

11.30 tengahari :
Selepas penat lelah menyertai sukaneka,semua yang terlibat dibenarkan melakukan aktiviti bebas sebelum berhimpun dilobi pada pukul 1ptg. kesempatan ini diambil oleh semua yang terlibat dengan menyertai aku didalam kolam renang sambil bergambar...hehehe

12.30 petang :
aku pon bersiap-siap dan mengemas barang untuk check out sebelum masuk ke dewan makan untuk Lunch..
makan tengahari tu sedap dan membuatkan diri aku untuk tambah lagi sepinggan...hahahaha...selepas lunch,sume yang terlibat berkumpul dilobi.

3.30 petang :
Selama berjam-jam menuggu ketibaan bas, akhirnya kami bertolak pulang ke shah alam...masa ni,masing-masing dah penat..ada yang tidur berdengkur..ada yang tidur ternganga...macam-macam gaya...hahahaha..

5.00 petang :
Akhirnya, kami tiba di shah alam...dan salam perpisahan untuk aktiviti ini kami ucapkan...aku balik je,ter0s landing atas tilam...tidur..waakkkakakaa ^__^'

Ending....
Category: 1 comments
Powered By Blogger

ToPicz

Scream Box

Copyright © 2010 DaneX All Rights Reserved.
Website powered by Blogger and Trily Blogger theme designed by TopTut.com & Converted by Ritesh Sanap.